Thursday, December 31, 2009

Leaving 2009 behind and looking forward to 2010...

2009 will be over soon..and we are approaching 2010...in less than 5mins..but hows our 2009?was it good? better than the year before? was it the year we want it to be?or the other way around? time to reflect bout it...

well well..
so these are some of the many bitter-sweet happenings in 2009:

* i left the company i worked with to pursue my dream in teaching field..a dream came true=)

*and yet, another dream shattered. it's never been easy to let go someone you love, but you have to..HE knows best...

*we got newcomers in our family, our little bundle of joy; Izzah Mardhiah and Md Fathi Eshan. We love you both=)

just to list a few...

anyway,


Let us be thankful for all the blessings that we have received this year. Let us leave 2009 behind with lessons learned and look forward to a better 2010.

More smiles than tears. Happy New Year everyone!

Friday, December 18, 2009

2 Muharam 1431H

Hari ke-2 di tahun baru hijrah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya masih berpeluang menghirup udaraNya & menulis sesuatu di sini setelah hampir enam bulan blog ini terpinggir. Tanpa sengaja. Banyak kekangan.

Dan dalam enam bulan ini banyak yang berlaku. Berubah. Senyum tawa tangis suka duka semua ada. Fitrah kehidupan.

Semoga bilah-bilah hari di tahun 1431H ini dapat dilalui dengan penuh tabah, sabar dan syukur. Permudahkanlah Ya Allah, berilah kekuatan dan berkatilah kehidupanku, keluargaku dan mereka yang kusayangi. Amin..

Salam Maal Hijrah semua.

Tuesday, June 2, 2009

A Song That Speaks My Heart...

"I Wanna Grow Old With You"

Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you

A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you

Things can come and go I know but
Baby I believe
Something's burning strong between us
Makes it clear to me

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you
.
.
.
~If HE permits~

Monday, June 1, 2009

Fly Me Home...

I'm going home this wednesday I'allah..couldn't wait..why does time go slow when we have something to look forward to? uhuuu...will be home for four days tho..it's just for a short while tapi takpala, 4 days pun 4 daysla, yg ptg dpt jumpa momma n family=) and memeriahkan kenduri anak buah hehe...masuk yg ni, cukupla kuota 4 kenduri utk 4 (hjg)minggu berturut2..semoga dapat berkat dari 4 kenduri ini, amin =) pastu bolehla pi update berat badan haha..kotla ada peningkatan yang memberangsangkan..very likely...tunggulaaa...

Thursday, May 28, 2009

cerita petang khamis...

hari ni kat opis tak leh nak concentrate sangat (mcm hari2 lain concentrate je ngeh2)..banyak gangguan bunyi2an..asyik gedegang gedegung je..pelbagai jenis bunyi ada...the Office install biometrics device..pasni takdenyela nak sign in sign out manually mcm selalu kot..main thumb print je haha...pastu dgr2nya nak wat renovation lagi..at this time of writing, the bosses tgh discuss pasal the layout and what not..haha saya tak eavesdrop tau, mereka pakai loudspeaker tu ngeh2..kedengarannya mcm best la kan..ye..mcm best...but to most of us (ke all) ada rasa yg bercampur baur sebenarnya..a lot of what ifs...those yg jadi warga and bekas warga kat sini tahula apa yang dirisaukan tu...bukan mahu menolak apa yang diberi, tidak. cuma tak mahu selesa jadi sengsara...apa2pun, bersyukur atas segala2nya...semoga lepas2 ni keadaan bertambah baik, i'allah...

Saturday, May 9, 2009

Count Your Blessings kawan2...

This is something worth sharing...of something that most of us take for granted, more often than not...





~spare a thought for the less fortunate and count your blessings...

Tuesday, May 5, 2009

Kan best kalau hari2 mcm hari ni...

saya suka betul hari ini sebab hari ini saya happy. seronok. buat kerja pun agak bersemangat. suka. hari ni memang rasa 'hidup'la. tp itu tidaklah bermaksud hari2 sebelum rasa takda life, though kadang2 (ke selalu) pernah juga hampir ke situ. heh. ntah, susahla nak describe, yg penting rasa best =) syoknyalaa kalau rasa mcm hari ni kekal sampai bila2..bahagianya hidup.
.
.
.
.
.
dalam happy2 ni ada juga debar sebenarnya..satuharilagi utk pergi berjuang...semoga semua selamat. amin...



_______________
saya tahu kenapa saya happy=)

Itu Kamu...

Kamu Matahari
Yang tidak serik menyinari
untuk hidupkan hati

Kamu Bulan
Yang menghias langit malam
menyimbah cahaya ke segenap alam

Kamu Bintang
peneman bulan benderang
tetap terus memandang
walau tak terlihat kadang

Kamu penyeri
penghapus sepi
penguat diri

Kamu yang sama mencipta harapan
yang beri erti hidup dan kehidupan
semoga hari ini penuh kerlipan
kerna hari ini hari kamu...

Ini untuk kamu
yang tetap dihati sampai hujung waktu.
moga ketemu dalam restu.




Kasih selalu,
~Siti~

*****
Istimewa untuk Yang Istimewa
If you read this, this is for you...

Friday, May 1, 2009

It's worth the wait...

They made us wait so long..but it's worth it in the end=) And I passed the Test. Alhamdulillah. Having passed the first of many hurdles, i'm assured that i'm one step closer to making my dream a reality, InsyaAllah. The interview is the next hurdle. Hopefully everything will be just fine. There's much more to do yet less time i have...but anyhow, i'll make the most of it =)

and to all well-wishers, Thank You for the prayers.




~SitiZaleha~

Wednesday, April 29, 2009

tunda dan tunda lagi...

sepatutnya boleh tahu hari ke duapuluhdua bulan ni, bila sampai tarikh tu tup tup tunda lagi tujuh hari iaitu ke hari ni huhu...so main waiting gamela dalam seminggu penuh makna ni...elokla tuu..bila hari keduapuluhsembilan ni dah tiba, dengan penuh ketidaksabaran (jenuh tunggu kan), saya pun pergila berziarah ke laman sesawang yang berkaitan. nak masuk ke laman tu pun satu hal juga. lepas beberapa puluh kali percubaan tak lepas, akhirnya berjaya juga. tapi hampa. kena tunda lagi. huhu. tapi tidak mengapalah, satu hari cuma kan...so esok baru boleh tahu apa kesudahan. selangkah ke hadapan atau setakat ini saja, cuba lagi di masa akan datang?...
.
.
.
.
tidur tak lenala nampaknya malam ini...
.
.
.
tawakkal.

Sunday, April 26, 2009

K O S O N G

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ingin tulis sesuatu. tapi buntu. kosong. harus bagaimana? hmm mungkin mood menulis saya bersembunyi ketika ini..encik idea pun malu2 mahu keluar. nampaknya mood dan idea sudah berkomplot malam ini. mana mungkin saya boleh terus tanpa dua yang penting ini. nampaknya kena slowtalk dgn 'mereka'...

Saturday, April 25, 2009

Saya Tumpang Bahagia Mereka...

Today's zanna's day...dia salah seorang teman baik yang dianugerahkan pd saya=) Ya, hari ini adalah hari yg sangat penting dan penuh makna untuk dia sebab hari ni dia berjaya diterima masuk ke dalam bar dan saya tumpang gembira dan bangga. hari ini cita2 dan impian dia menjadi nyata=) Congratulations my dear..semoga menjadi seorang pengamal undang2 muslimah yang berjaya dunia akhirat dan tabah hadapi liku-liku perjalanan ini amin..my prayers are always with you..

saya pun tumpang dua kaki hadir untuk sama memeriahkan majlis mereka yang berjaya^_^ bersama2 ibu zanna, temannya dan anak buahnya. Ya, ini kali pertama saya sampai ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, sebelum2 ni main lalu sajalaa..biasala, dunia saya berbeda dan tidak memerlukan kunjungan kerap ke sini.heh..dan Ya sekali lagi, ini juga merupakan kali pertama saya menyaksikan upacara long call...ya, saya pernah berharap dpt berada dlm majlis seumpama ini suatu masa dulu, tapi tidak kesampaian, masa dan keadaan tidak mengizinkan. bukan rezeki saya untuk sama2 memeriahkan suasana pada ketika itu..tapi saya yakin, suasana ketika itu dan suasana yang pagi tadi turut saya rasai adalah sama. penuh dengan emosi. sebak suka gembira danpelbagailagi bercampur menjadi satu. and full with inspiring stories. dan juga semestinya dipenuhi oleh insan2 penting yang menjadi tulang belakang sumber kekuatan mereka untuk sampai ke tahap itu. saya belajar sesuatu disitu.

Tahniah kepada mereka yang telah (dan akan) berjaya diterima masuk ke dlm bar.


_____________________________________________________

walau ada sedikit kesal dan kecewa atas sebab2 tertentu, ianya tidak menjejaskan tahap kegembiraan saya.

Thursday, April 23, 2009

Antara Mahu dan Perlu

Kita minta apa yang kita MAHU
Dia beri apa yang kita PERLU
Kerna Dia Lebih TAHU

Yakinlah wahai hati hati
Dia Maha Mengerti
Baik buruk untuk diri
Jangan pernah ragui
Kerna Dia yang memberi Janji
Dan janjiNya itu PASTI.


~Always turn to HIM~

Tuesday, April 21, 2009

Better be safe than sorry...

hujan diawal subuh tadi.


pagi ni gerak awal ke pejabat. teragak2 mahu jalan kaki ke stesen lrt atau tunggu saja dekat sekolah agama tu. lepas berbincang dengan hati, ambil keputusan untuk tunggu saja dekat sekolah. cepat dan dekat.
.

.

.
sampai dekat tempat rutin menunggu. terawal sangatla pula. terpaksala tunggu encik T304 hampir 15minit. tumpang teduh kat roofed pathway tepi sekolah sebab hujan renyai.


tiba-tiba...


ada seorang stranger menghampiri...lepas tu dok berkata-kata..."ala hujanla pulak..."dan terus pot pet pot pet. tak jelas tutur bicaranya. mula2 ingatkan encik stranger tu bermonolog, tp bila dengar lama2 rupa2nya dia ckp pd saya huhu..diserang rasa takut dan bimbang kalau jadi apa2...sebab tgk dr gaya dia bercakap, seperti ada yg tidak kena..tak tahu mabuk kah kurang waras kah..masa tu tak nampak manusia lain lagi...antara dengar dan tidak, stranger tu terus berkata-kata..."ala saya cuma nak kenal je...assalamualaikum..bla..bla"..waa mcm mahu cabut lari saja..tengok jam, harap sangat encik T304 cepat sampai..dalam hati hanya Tuhan yang tahu. hati makin tak sedap, terus laju2 menjauh dan melarikan diri...kat belakang sayup2 terdengar.."ala janganla mcm tu, bukan nak buat apa2 pun..nak kawan je.."huhu..nasib baik tak kena kejar..and taklama lepas 'melarikan' diri, yang ditunggu2 tu pun sampai..fuh, nasib baik..
.

.

.

alhamdulillah, selamat sampai di pejabat.

Monday, April 20, 2009

-24- Masih Yang Sama Walau Berbeza...

DuaSatuKosongEmpatKosongSembilan.
DuaPuluhEmpatTahun.
Alhamdulillah.Syukur ke hadratMu Ilahi
kerna masih beri aku ruang dan peluang
untuk terus hidup berjuang
atas pentas ujian ini
ku mohon agar terus diberi kekuatan
ketabahan dan kesabaran
untuk terus berjalan
meredah onak duri yang menghiasi laluan

Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang Memegang rohku
Yang keranaNya aku ada dimuka bumi ini
Yang kepadanya aku akan kembali nanti
ku syukuri segala nikmat kurniaan yang Engkau beri
tak terhingga. Alhamdulillah.
ku mohon keredhaanMu Ya Allah
lindungi aku, berkatilah hidupku,
tetapkanlah aku dalam jalanMu
jangan Engkau biar aku sendirian...

untuk mereka yang mengingati
Terima Kasih atas doa kalian.

semoga duapuluhtigatahun yang sudah berlalu jadi teladan dan sempadan.



kasih selalu

Siti Zaleha.

Sekembalinya dari UIA ^_^

On a bright sunny Saturday...


Before the Test:


bangun awal dengan penuh semangat. masuk dapur buat breakfast; menunya cekodok hehe..malam sebelum tu dah adun tepung siap, so tinggal goreng je;)


Keluar rumah at 7.30..sampai2 kat lrt station ada sekumpulan gadis berbaju kurung yg pastinya ingin menuju ke destinasi yg sama seperti saya, judging from their appearance tu la..and oh, tepat sekali jangkaan. 'Kami' pun sama2la board the train sampai TP and naik T231 ke UIA..nampaknya T231 tu dipenuhi oleh 'kami' haha..sampaikan ada sorang mamat ni tergeleng kepala sebab dia dok sorang2 je dlm tu, as if tergugat je keselamatan dia.


sampai kat UIA at 8.00. melangkah turun dari T231 tu dgn penuh yakin dan semangat masih berkobar2...then bergerak ke exam venue @ KAED..time tu rasa mcm nak pegi final exam time undergrad pun ada juga..budak UIA or those yg pernah jejak kaki kat UIA tahu sangatla yg UIA ni 'kaya' dengan tangga, macam2 tangga ada, sepupu tangga batu caves pun ada gak. nak ke KAED tu lalu dekat CAC. nak dijadikan cerita, time turun tangga dgn ayunya kat CAC tu, dgn tak semena-mena...gedebuk....jatuh kat tangga bertuah tuh.huhu..mcm2 rasa time tu..yg pasti rasa malu mengatasi rasa sakit akibat jatuh..mana taknya ada sorang pakcik ni sdg menghala ke tangga tu.very timely hmm..pakcik tu pun dgn spontan dan prihatinnya tanya "ok ke?ni takda luka2 ke?"...saya pun cover malu "eh takpa, takda apa, ok..ok.." (dlm hati ckp to myself, manala nak tau luka ke tak) sambil terus bangun dan jalan laju2, tak toleh2 ke belakang..ntah brapa mata la yang menjadi saksi 'kejatuhan' tu huhu..nasib baik jatuh dgn penuh bergaya...masuk kali ni ntah brapa kali dah jatuh hmm..ok, move on..adventurous sungguh laluan ke medah pertempuran ni..dugaan..dugaan..



During the Test:


Incident jatuhtangga tu tidak berjaya mempengaruhi semangat membara nak menempuh periksa=) khusyuk bebenor time menjawab, rasanya time jwb final exams dedulu pun taklah sekhusyuk nih.heh.almaklumlah nak jwb 300qs within an hour.every second countsla kan. there's this one candidate yg keluar hall within the 1st 30mins.uiyoo, lajunya cik kak tu..i know the questions bolehla dianggap mudah..it's just me thinking "macamanala cik kak tu menghitamkan the answers.." 300qs within 30mins?fuh..bagi saya yg agak lambat dlm menghitamkan jawapan ni, she amazed me laa..and me?ehem mcm biasala, antara mereka yg terpaksa berkurung dlm dewan sementara tunggu answer script dikutip ngeh2..



After the Test:

Alhamdulillah, berjaya menempuh Test tu despite the 'challenge' sebelumnya. melangkah keluar dewan dgn penuh kelegaan. since sorang2 tanpa teman, melilau la tak tentu arah dlm UIA tu, ended up @ mamma mia utk untuk mengisi perut.konon2 utk lunch, walhal baru pukul 10++.heh.anggap je la brunch..mmg sungguh tidak menyeronokkan bila sorg2 nih..sayu je rasa.hukhuk. sunyi sepi. iyela. bebudak pun dah start bercuti..oh ya, lepas makan tu tetiba terdetik utk pegi ke tempat kejadian..ya, untuk mengambil gambar lokasi kejadian yg tidak diingini tuh (will upload later). well..well..tempat jatuh lagi kan dikenang kan kan..

.

.

.

and so it's time to say bye2 kat Taman Ilmu dan Budi tercinta ni..ntah bila lagi akan jejak kaki kesini...I'allah suatu hari nanti..



All in all, the Test went well and I had a great time on my own, alhamdulillah..



____________________________

Tawakkal tunggu result...waiting for another test result..

Tuesday, April 14, 2009

...kembali ke UIA utk menjawab soalan^.^

got medsi test this saturday. hope everything goes well, InsyaAllah. Good luck to those sitting for the test. just a kindly reminder to cik diri sendiri, get urself extra pencils ya ^_^

hoping for a bright sunny saturday on this 18th..
.
.
.
oh my beloved garden of knowledge and virtue, here i come...=)

Friday, April 10, 2009

Renung bulan tanpa bintang...

Malam tadi bulan terang. Penuh.
cantik. cantik sangat. Indah.
SubhanAllah. MasyaAllah.

Renung sebentar ke luar jendela
dongak lihat bulan yang penuh cahaya
Syukur masih punya masa
nikmati indahnya ciptaan Yang Esa.
Alhamdulillah.

Asyik merenung bulan
tak sedar langit tidak berbintang.
tercari cari...oh mungkin bintang sembunyi dibalik awan.
.
.
.
.
kembali beradu. bulan masih disitu.

r
i
n
d
u.kembali bertamu.

Wednesday, April 8, 2009

weight scale oh weight scale

lunch tadi makan ikan bakar
breakfast pekena nasi lemak
malam karang masak pula

semalam nasi lemak. hari ni nasi lemak. makin berlemak la aku huhu.

weight scale sudah panggil. Oh tidak!

haih..i eat. a lot. of late.

weight scale oh weight scale
do i really need u??

well..well.. i choose to be in denial..of my putting on weight.ngeh2

Friday, March 27, 2009

Reminiscence 1

Suatu pagi di tepi pantai...

kanak2 riang in action=)
ini juga=)
dan ini
ini kisah dua tahun sudah
tapi kekal sampai bila2
*************************
Aseana Resort, Langkawi. March 2007
~tanah tumpahnya airmata~




more than words...

untuk dia
yang sentiasa di sisi
saat suka dukaku
yang sentiasa menemani
teman sendu tawaku
yang sentiasa ada
saat aku perlu
tidak pernah menjauh
yang jadi saksi cinta kasihku
yang jadi pendengar luah hatiku
yang sedia setia sapu airmataku
yang walau jauh dimata
namun sentiasa dekat dihati, lekat dijiwa

untuk dia
Noor Suhaila Ahmad
teman sejati sepanjang jalan
Selamat Hari Lahir Ke 23
semoga sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi Ilahi

Tanpa kamu, hidup tidak sempurna.

kasih selalu,

Your Jalea=)

*******
p/s: macek, mishu much *sob sob*

Thursday, March 26, 2009

Wednesday, March 25, 2009

bukan curi tulang

ketika semangat anda berkobar-kobar nak buat kerja
bila anda dah tak sabar-sabar nak kerah tenaga
kerja2 anda itu pula WAJIB ada Internet connection
dan time2 semangat membara tu pula la server mcm hampeh..
apakah yg anda rasa?
geram?panas hati?nak maki?
atau seronok senang hati? mungkin.
mungkin panas hati sebab semangat berapi2 nak buat kerja.
mungkin juga terasa nak maki2, almaklumlah kena paksa. paksa siap.
tapi,
tentunya happy
sebab...
boleh tambah entry dlm blog.
macam saya.
haha.

********
ini bukan curi tulang namanya ye kawan-kawan. ini memanfaatkan masa terluang^_^\m/

Sunday, March 15, 2009

Simpati Sekeping Hati

kalau ikutkan hati ni, mahu saja buat tak endah. tutup kedua belah mata. pekakkan telinga. apa nak jadi pun lantak merekalah. tak mahu ambil tahu.

tapi...

aku jenis tak sampai hati. mudah simpati. fikir juga apa akan jadi nanti. alih alih tak jadi 'tak mahu ambil peduli'.

lalu...

kerah tenaga jugakla aku bagai nak mati walaupun di hari cuti.
dikala 'mereka' itu mungkin sedang sakan menyanyi.


Tuhan,

Ikhlaskanlah hatiku, amin.

Saturday, March 7, 2009

Wednesday, February 25, 2009

Semua Dalam Satu

wah lamanya tidak berbelog nih..lepas lebih sebulan barula berkesempatan menjenguk blog sendiri haih..ni kalo rumah yg ditinggal mcm ni rasanya dah selamat bersawang berdebu dan bermacam2 'ber' lagila..tp tu la, what to do...kekangan masa dan kekangan2 lain yg xdpt dielakkan..of late terasa bz yg amat sangat..kerja2 makin hari makin membukit huhuu..terasa mcm sudah jadi workaholic pon ada..siang malam pagi petang dok mengadap benda yg sama, mcm takdak life(exaggerate je lebih haha)

dek kesibukan yg mcm tak berpenghujung ni, banyak momen2 indahku terlupa utk dirakamkan disini (mcm pelik je wordchoice beta ini, ah lantakla..kalo ada cekgu BM mintak diperbetulkan hehe)

ingatkan nakla tulis psl my homecoming aritu, saja ja utk kenangan konon..alih2 sampai ke sudah satu benda pon tarak..nevermind..nevermind..nanti tulis balikla, flashback kan...

*****
hmm tetiba rasa sume idea sudah terbang bawa haluan masing2...maknanya terpaksa berenti berehat untuk seketika smp idea datang semula..

p/s: tak ketahuan mengapa saya tulis sedemikian rupa, haih..takda cohesion langsung...

Wednesday, January 14, 2009

Suram si hari rabu

suramnya hari ini. rasa letih yang amat. semangat kurang. kerja bertimbun2..one after another..bilala nak siap nih..adeh..






kuatla kamu wahai diri.
mari pulang ke rumah.

Tuesday, January 13, 2009

Kek coklat kukus. Try this out!

Kepada sesiapa yang tetiba terasa rajin nak wat eksperimen kat dapur di waktu petang hujung minggu, bolehla cuba resepi kek kukus ni...simple steps je, ingredients pun senang nak dapat kan kan..ala bahan2 yg memang available kat dapur tu jugak kan=)

Bahan-bahan:

• 1 cawan minyak masak
• 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan susu cair
• ½ cawan susu pekat
• 1 cawan gula pasir

• 1 ¼ tepung gandum*
• 1 sudu teh soda bikarbonat *
• 1 sudu teh baking powder*
*ayak bersama


3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Bahan A dimasak atas dapur dgn api yang kecil. Kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga kembang, masukkan bahan B dan bahan A yang telah dimasak secara selang-seli.
3. Letak dlm loyang dan tutup dgn aluminium foil
4. kukus selama 1 jam.

p/s: i've yet to try this one actually, tp mesti sedap i'allah=p

Recipe courtesy of my colleague. Thanxie Haizam Zuwati

Monday, January 12, 2009

Blog Makeover

blogku selamat bertukar rupa..sudah dimakeupkan=) at least takla dull mcm dulu..ada improvement, bagus2..tahniah utk diri sendiri...lepas ni rajinla sket "mengemas" blog sendiri, i'allah..