Wednesday, April 29, 2009

tunda dan tunda lagi...

sepatutnya boleh tahu hari ke duapuluhdua bulan ni, bila sampai tarikh tu tup tup tunda lagi tujuh hari iaitu ke hari ni huhu...so main waiting gamela dalam seminggu penuh makna ni...elokla tuu..bila hari keduapuluhsembilan ni dah tiba, dengan penuh ketidaksabaran (jenuh tunggu kan), saya pun pergila berziarah ke laman sesawang yang berkaitan. nak masuk ke laman tu pun satu hal juga. lepas beberapa puluh kali percubaan tak lepas, akhirnya berjaya juga. tapi hampa. kena tunda lagi. huhu. tapi tidak mengapalah, satu hari cuma kan...so esok baru boleh tahu apa kesudahan. selangkah ke hadapan atau setakat ini saja, cuba lagi di masa akan datang?...
.
.
.
.
tidur tak lenala nampaknya malam ini...
.
.
.
tawakkal.

Sunday, April 26, 2009

K O S O N G

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ingin tulis sesuatu. tapi buntu. kosong. harus bagaimana? hmm mungkin mood menulis saya bersembunyi ketika ini..encik idea pun malu2 mahu keluar. nampaknya mood dan idea sudah berkomplot malam ini. mana mungkin saya boleh terus tanpa dua yang penting ini. nampaknya kena slowtalk dgn 'mereka'...

Saturday, April 25, 2009

Saya Tumpang Bahagia Mereka...

Today's zanna's day...dia salah seorang teman baik yang dianugerahkan pd saya=) Ya, hari ini adalah hari yg sangat penting dan penuh makna untuk dia sebab hari ni dia berjaya diterima masuk ke dalam bar dan saya tumpang gembira dan bangga. hari ini cita2 dan impian dia menjadi nyata=) Congratulations my dear..semoga menjadi seorang pengamal undang2 muslimah yang berjaya dunia akhirat dan tabah hadapi liku-liku perjalanan ini amin..my prayers are always with you..

saya pun tumpang dua kaki hadir untuk sama memeriahkan majlis mereka yang berjaya^_^ bersama2 ibu zanna, temannya dan anak buahnya. Ya, ini kali pertama saya sampai ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, sebelum2 ni main lalu sajalaa..biasala, dunia saya berbeda dan tidak memerlukan kunjungan kerap ke sini.heh..dan Ya sekali lagi, ini juga merupakan kali pertama saya menyaksikan upacara long call...ya, saya pernah berharap dpt berada dlm majlis seumpama ini suatu masa dulu, tapi tidak kesampaian, masa dan keadaan tidak mengizinkan. bukan rezeki saya untuk sama2 memeriahkan suasana pada ketika itu..tapi saya yakin, suasana ketika itu dan suasana yang pagi tadi turut saya rasai adalah sama. penuh dengan emosi. sebak suka gembira danpelbagailagi bercampur menjadi satu. and full with inspiring stories. dan juga semestinya dipenuhi oleh insan2 penting yang menjadi tulang belakang sumber kekuatan mereka untuk sampai ke tahap itu. saya belajar sesuatu disitu.

Tahniah kepada mereka yang telah (dan akan) berjaya diterima masuk ke dlm bar.


_____________________________________________________

walau ada sedikit kesal dan kecewa atas sebab2 tertentu, ianya tidak menjejaskan tahap kegembiraan saya.

Thursday, April 23, 2009

Antara Mahu dan Perlu

Kita minta apa yang kita MAHU
Dia beri apa yang kita PERLU
Kerna Dia Lebih TAHU

Yakinlah wahai hati hati
Dia Maha Mengerti
Baik buruk untuk diri
Jangan pernah ragui
Kerna Dia yang memberi Janji
Dan janjiNya itu PASTI.


~Always turn to HIM~

Tuesday, April 21, 2009

Better be safe than sorry...

hujan diawal subuh tadi.


pagi ni gerak awal ke pejabat. teragak2 mahu jalan kaki ke stesen lrt atau tunggu saja dekat sekolah agama tu. lepas berbincang dengan hati, ambil keputusan untuk tunggu saja dekat sekolah. cepat dan dekat.
.

.

.
sampai dekat tempat rutin menunggu. terawal sangatla pula. terpaksala tunggu encik T304 hampir 15minit. tumpang teduh kat roofed pathway tepi sekolah sebab hujan renyai.


tiba-tiba...


ada seorang stranger menghampiri...lepas tu dok berkata-kata..."ala hujanla pulak..."dan terus pot pet pot pet. tak jelas tutur bicaranya. mula2 ingatkan encik stranger tu bermonolog, tp bila dengar lama2 rupa2nya dia ckp pd saya huhu..diserang rasa takut dan bimbang kalau jadi apa2...sebab tgk dr gaya dia bercakap, seperti ada yg tidak kena..tak tahu mabuk kah kurang waras kah..masa tu tak nampak manusia lain lagi...antara dengar dan tidak, stranger tu terus berkata-kata..."ala saya cuma nak kenal je...assalamualaikum..bla..bla"..waa mcm mahu cabut lari saja..tengok jam, harap sangat encik T304 cepat sampai..dalam hati hanya Tuhan yang tahu. hati makin tak sedap, terus laju2 menjauh dan melarikan diri...kat belakang sayup2 terdengar.."ala janganla mcm tu, bukan nak buat apa2 pun..nak kawan je.."huhu..nasib baik tak kena kejar..and taklama lepas 'melarikan' diri, yang ditunggu2 tu pun sampai..fuh, nasib baik..
.

.

.

alhamdulillah, selamat sampai di pejabat.

Monday, April 20, 2009

-24- Masih Yang Sama Walau Berbeza...

DuaSatuKosongEmpatKosongSembilan.
DuaPuluhEmpatTahun.
Alhamdulillah.Syukur ke hadratMu Ilahi
kerna masih beri aku ruang dan peluang
untuk terus hidup berjuang
atas pentas ujian ini
ku mohon agar terus diberi kekuatan
ketabahan dan kesabaran
untuk terus berjalan
meredah onak duri yang menghiasi laluan

Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang Memegang rohku
Yang keranaNya aku ada dimuka bumi ini
Yang kepadanya aku akan kembali nanti
ku syukuri segala nikmat kurniaan yang Engkau beri
tak terhingga. Alhamdulillah.
ku mohon keredhaanMu Ya Allah
lindungi aku, berkatilah hidupku,
tetapkanlah aku dalam jalanMu
jangan Engkau biar aku sendirian...

untuk mereka yang mengingati
Terima Kasih atas doa kalian.

semoga duapuluhtigatahun yang sudah berlalu jadi teladan dan sempadan.



kasih selalu

Siti Zaleha.

Sekembalinya dari UIA ^_^

On a bright sunny Saturday...


Before the Test:


bangun awal dengan penuh semangat. masuk dapur buat breakfast; menunya cekodok hehe..malam sebelum tu dah adun tepung siap, so tinggal goreng je;)


Keluar rumah at 7.30..sampai2 kat lrt station ada sekumpulan gadis berbaju kurung yg pastinya ingin menuju ke destinasi yg sama seperti saya, judging from their appearance tu la..and oh, tepat sekali jangkaan. 'Kami' pun sama2la board the train sampai TP and naik T231 ke UIA..nampaknya T231 tu dipenuhi oleh 'kami' haha..sampaikan ada sorang mamat ni tergeleng kepala sebab dia dok sorang2 je dlm tu, as if tergugat je keselamatan dia.


sampai kat UIA at 8.00. melangkah turun dari T231 tu dgn penuh yakin dan semangat masih berkobar2...then bergerak ke exam venue @ KAED..time tu rasa mcm nak pegi final exam time undergrad pun ada juga..budak UIA or those yg pernah jejak kaki kat UIA tahu sangatla yg UIA ni 'kaya' dengan tangga, macam2 tangga ada, sepupu tangga batu caves pun ada gak. nak ke KAED tu lalu dekat CAC. nak dijadikan cerita, time turun tangga dgn ayunya kat CAC tu, dgn tak semena-mena...gedebuk....jatuh kat tangga bertuah tuh.huhu..mcm2 rasa time tu..yg pasti rasa malu mengatasi rasa sakit akibat jatuh..mana taknya ada sorang pakcik ni sdg menghala ke tangga tu.very timely hmm..pakcik tu pun dgn spontan dan prihatinnya tanya "ok ke?ni takda luka2 ke?"...saya pun cover malu "eh takpa, takda apa, ok..ok.." (dlm hati ckp to myself, manala nak tau luka ke tak) sambil terus bangun dan jalan laju2, tak toleh2 ke belakang..ntah brapa mata la yang menjadi saksi 'kejatuhan' tu huhu..nasib baik jatuh dgn penuh bergaya...masuk kali ni ntah brapa kali dah jatuh hmm..ok, move on..adventurous sungguh laluan ke medah pertempuran ni..dugaan..dugaan..



During the Test:


Incident jatuhtangga tu tidak berjaya mempengaruhi semangat membara nak menempuh periksa=) khusyuk bebenor time menjawab, rasanya time jwb final exams dedulu pun taklah sekhusyuk nih.heh.almaklumlah nak jwb 300qs within an hour.every second countsla kan. there's this one candidate yg keluar hall within the 1st 30mins.uiyoo, lajunya cik kak tu..i know the questions bolehla dianggap mudah..it's just me thinking "macamanala cik kak tu menghitamkan the answers.." 300qs within 30mins?fuh..bagi saya yg agak lambat dlm menghitamkan jawapan ni, she amazed me laa..and me?ehem mcm biasala, antara mereka yg terpaksa berkurung dlm dewan sementara tunggu answer script dikutip ngeh2..



After the Test:

Alhamdulillah, berjaya menempuh Test tu despite the 'challenge' sebelumnya. melangkah keluar dewan dgn penuh kelegaan. since sorang2 tanpa teman, melilau la tak tentu arah dlm UIA tu, ended up @ mamma mia utk untuk mengisi perut.konon2 utk lunch, walhal baru pukul 10++.heh.anggap je la brunch..mmg sungguh tidak menyeronokkan bila sorg2 nih..sayu je rasa.hukhuk. sunyi sepi. iyela. bebudak pun dah start bercuti..oh ya, lepas makan tu tetiba terdetik utk pegi ke tempat kejadian..ya, untuk mengambil gambar lokasi kejadian yg tidak diingini tuh (will upload later). well..well..tempat jatuh lagi kan dikenang kan kan..

.

.

.

and so it's time to say bye2 kat Taman Ilmu dan Budi tercinta ni..ntah bila lagi akan jejak kaki kesini...I'allah suatu hari nanti..



All in all, the Test went well and I had a great time on my own, alhamdulillah..



____________________________

Tawakkal tunggu result...waiting for another test result..

Tuesday, April 14, 2009

...kembali ke UIA utk menjawab soalan^.^

got medsi test this saturday. hope everything goes well, InsyaAllah. Good luck to those sitting for the test. just a kindly reminder to cik diri sendiri, get urself extra pencils ya ^_^

hoping for a bright sunny saturday on this 18th..
.
.
.
oh my beloved garden of knowledge and virtue, here i come...=)

Friday, April 10, 2009

Renung bulan tanpa bintang...

Malam tadi bulan terang. Penuh.
cantik. cantik sangat. Indah.
SubhanAllah. MasyaAllah.

Renung sebentar ke luar jendela
dongak lihat bulan yang penuh cahaya
Syukur masih punya masa
nikmati indahnya ciptaan Yang Esa.
Alhamdulillah.

Asyik merenung bulan
tak sedar langit tidak berbintang.
tercari cari...oh mungkin bintang sembunyi dibalik awan.
.
.
.
.
kembali beradu. bulan masih disitu.

r
i
n
d
u.kembali bertamu.

Wednesday, April 8, 2009

weight scale oh weight scale

lunch tadi makan ikan bakar
breakfast pekena nasi lemak
malam karang masak pula

semalam nasi lemak. hari ni nasi lemak. makin berlemak la aku huhu.

weight scale sudah panggil. Oh tidak!

haih..i eat. a lot. of late.

weight scale oh weight scale
do i really need u??

well..well.. i choose to be in denial..of my putting on weight.ngeh2