Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan...

Photo credit  wallpaper.iluvislam.com


Alhamdulillah, Ramadan yang dirindui menjelma lagi. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada muslimin muslimat seluruh dunia walau dimana anda berada. Marilah sama-sama kita merebut peluang di bulan yang setiap detiknya penuh keampunan dan keberkatan untuk meningkatkan amal ibadah. Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana belum pasti lagi kita akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang...Semoga segala amalan kita diterima Allah dan diberkatiNya, amin Ya Rabb..

Monday, March 26, 2012

Anugerah Dari DIA...



Terima Kasih Allah kerana anugerahkan dia...
Dia yang sentiasa ada saat duka saat suka
Dia yang sentiasa ada untuk sapu airmata
Dia yang sentiasa ada berkongsi tangis tawa
Alhamdulillah..

Terima Kasih Allah kerana hadirkan dia
Dia, Noor Suhaila Ahmad
Teman sepanjang hayat
Sahabat Dunia Akhirat
InsyaAllah..

Untuk sahabat terbaik saya
Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa diberkatiNya
Terima Kasih untuk segala-galanya
Tanpa kamu hidup tidak sempurna...



Kasih selalu,
Your Jalea:)


Tuesday, February 21, 2012

Rainbow after Rain:)



photo credit to google

like a rainbow after the rain, there's always a good thing after


the pain:)



Terima Kasih Ya Allah kerna hadirkan Pelangi yang Indah dan kicau burung yang menyanyikan Kedamaian selepas Hujan. Alhamdulillah.

Monday, January 30, 2012

Entah...

Tak tahulah kenapa rasa macam ni...and tak tahu apa sebenarnya makna rasa yang ini..Tak faham sendiri..sungguh..walau apapun rasa yang ada dalam hati, yang pasti diri ini sedang diuji Ilahi..

Ya Rabbi, sesungguhnya semuanya datang dari Engkau dan kepada Engkau juga semuanya akan kembali..maka ku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Ilahi kerana sesungguhnya Hanya Engkau Yang Maha Mengerti lagi Maha Memahami akan segala isi hati..Hanya Engkau Yang Mengetahui dalamnya hati ini..Peliharalah hambaMu ini Ya Allah. Kuatkanlah aku dalam menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan. Ikhlaskanlah hati ini untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepadaku.

Hanya Engkau Ya Rabb Yang Mengetahui dengan benar dalamnya hati ini. Aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu..amin Ya Rabb..

Wednesday, January 11, 2012

Self-soothing

Dear Self,

You must be strong to keep going. Have Full Faith in HIM. Life will always get better..Everything will be OK, inshaAllah..Always turn to Allah. He Knows Best~

Thursday, January 5, 2012

Sila Pandang Belakang~2011.In Memory~


Assalamualaikum..
5 Januari 2012 - sudah masuk hari yang ke-lima di tahun baru ini, Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kesempatan dan peluang untuk terus bernafas di bumiMu ini...hari ni juga masuk hari ke-dua sesi persekolahan. Hari pertama semalam hmm agak kelam kabut jugaklah..dekat sekolah ke hulu ke hilir turun tangga naik tangga uruskan kelas and murid2..dub dab dub dab sebab ada pemantau dtg sekolah :p..lewat petang baru perasan yang number plate keta pecah taktau pasepa boleh pecah pula,lepas tu bolehlah pula TAK PERASAN yang gear keta still dkt "D",off engine terus. Pagi tadi masa nak pegi sekolah baru sedar sebab on engine 2x tak hidup2..Ya Allah, semalaman macam tu, hopefully takda apa..tsk tsk..cuainya..my bad :( ..silalah ambil iktibar wahai diri..semalam memang serba tak kena..

hmm lupakan dulu pasal hal semalam..sebab entri kali ni tujuannya untuk mengimbas kembali perjalanan sepanjang tahun lepas tahun 2011..taklah secara detail, hanya momen-momen yang saya anggap paling bermakna..mungkin tiada makna pada org lain,takpa..yg penting ianya bermakna buat diri saya:)

2011

Januari::
1st day at school.hehe.muke pelik lagi cikgu dia tu :p
Penuh makna.bulan ni kira permulaan untuk tahun pertama sebagai Pendidik. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran.Perlahan2lah,no rush...

Februari:

Bulan kedua berjalan seperti biasa. Takda perkara major berlaku dalam bulan ni (seingat patiklah.hehe). semakin sibuk dengan aktiviti sekolah,sukan segala. .



Mac::
Cuti sekolah.Yeay! Bulan ni kawan baik bertunang. Alhamdulillah. aku??hoho.belum sampai seru:) Permudahkan Ya Allah...
Tumpang Gembira :)



April::
Bulan ni bulan yang penuh makna.sebab bulan ni lah bulan menandakan bertambahnya usia..21 April 2011 genaplah usia 26 tahun..alhamdulillah diberikanNya kesempatan untuk terus bernafas dibumiNya..umur yang org cakap sesuai sangatlah kalau nak tukar status:) dulu memang letak target umo 26 nak melangkah ke satu fasa lain tapi itula kita hanya merancang.Dia juga merancang.dan Dia sebaik2 Perancang.Redha dengan Takdirnya.lepas ni tak letak dah target.konon.heh.nanti jap nak upload pic cukup umur ni:)

21 April 2011.Genap 26 Tahun (pelik nampak pic ni tapi takpa.hehe)
time birthday ni agak sebakla sebab kakak masuk hospital untuk jalani pembedahan.perit untuk dia perit untuk kami,tapi untuk kebaikan dia juga.Pasti ada hikmahnya..

Mei::

Konvokesyen IPG.alhamdulillah.Fly to Terengganu dgn mum and adik.pegi konvo dan bercuti2 malaysia sekali.hehe.


Thank You Mom, Adik n bestie Zana~

Alhamdulillah..Congrats:)
Jun::
Hari Guru pertama sebagai pendidik:)


Happy Teacher's Day :)


Julai::

kehadiran buah hati 070711:)


:)


Ogos::
Bulan menyambut raya. Aidilfitri yang amat bermakna. tahun ni kali pertama dapat kumpul semua adik-beradik dan dapat amik gambar bersama..


My Big Happy Family :) Alhamdulillah, Thank You Allah for Your Blessings..

September::

Pertama kali buat open house sebab dah bergaji.alhamdulillah ada rezeki.seronok sangat rasa.i'allah tahun2 berikutnya akan buat lagi:)


Antara rakan setugas yang memeriahkan majlis. Thanks

Thanks Housemates n neighbour next door :)

Thanks gentlemen.heh.


Oktober::


Alhamdulillah, life went well..bulan ni konon2 buat workout (lah sangat.heee) untuk misi menakluk Kinabalu in the following month ;P ..busy with exams, sports etc..


November::
My sister's engagement..Alhamdulillah..bilalah turn i nih?haha




Congrats Sis~


 ambil berkat.hehee
Misi menakluk kinabalu.seronok:) ini kali ke-2 panjat kinabalu.1st time sampai tempat menginap ja.heh.kali ni much better.tinggi banyak dari dulu.orait ler tu..ngehehe..

Ingin ditawan :)

Hujan pun kena redah jer~ssejukk

@KM8.0 :: 0.7KM to go tapi bukan rizq~It's ok, next time, I'allah

Dapat tgk sunrise walaupun tak sampai Low's Peak, ada hikmah. Alhamdulillah:)

Going down~

I'allah ada rizq sampailah ke puncak nanti :)


Disember::

Bulan terakhir sebelum menjengah ke tahun baru..My bestie got married, Alhamdulillah..Jom tengok pics kawen :P


sesi menghias bilik pengantin

wondering when?~ haha

Merasa dulu naik pelamin.huhi



bersama rakan2 seUniversiti
Congrats Darl~ We're Happy for you :)

Bersama Raja Sehari~



Setakat ini sahaja imbas kembali 2011.. Semoga segala yang sudah berlalu dapat dijadikan iktibar dan 2012 ini memberi seribu sinar dan harapan kepada kita semua, amin...Terus cekal dan tabah hadapi apa
jua yang mendatang, InsyaAllah...



Tuesday, January 3, 2012

Sempena Buka Sekolah~

Assalamualaikum..

Sekarang ni sudah berada di Nabawan, tanah tempat berbakti dan mencari rezeki..Esok bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012 bagi negeri Sabah dan negeri2 yang sewaktu dengannya. Ada juga yang sudah mula bersekolah pada hari semalam. So, selamat kembali ke sekolah wahai murid2 dan cikgu2 sekalian..Betulkan niat dan ikhlaskan hati kita, semoga sesi tahun ini lebih baik dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..

Untuk diri sendiri, selamat berjuang mendidik anak bangsa, ikhlaskan hati anda dan tabahlah menghadapi segala dugaan.Buang yang keruh ambil yang jenih. Belajarlah dari pengalaman lepas, mana yang perlu diperbetulkan,perbetulkanlah.perbaikilah. Jangan berlengah2 buat kerja tau, apa2 yang perlu diselesaikan,selesaikanlah dengan kadar segera..Janganlah sampai terhantuk baru nak terngadah *dushdush* Ingat tau. bagi contoh yang baik pada anak2 didik, buang semua mana yang tak elok..memang berubah ke arah kebaikan tu bukan semudah yang dikata,tapi tidak mustahil jika berusaha.mohonlah pertolongan dari Dia untuk terus kuat dan istiqamah..buat perlahan2, pasti berjaya.InsyaAllah..Maniskan muka,banyakkan bersedekah(senyumlah senyumlah cik mek molek :)) Tingkatkan tahap kesabaran anda dan bertenanglah sentiasa, okeh??Okeh bah kalau ko :)

Semoga semuanya bermula Indah,InsyaAllah:)

Sunday, January 1, 2012

#1 in 2012 :)

01.01.2012 ...

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya kita masih berpeluang menghirup udara tahun 2o12 ini, dan saya diizinkanNya untuk menitipkan sesuatu di sini, alhamdulillah..sedar tak sedar sudah melangkah ke tahun yang baru, berlabuh sudah tirai 2011 yang penuh kenangan suka duka.semoga apa jua yang berlaku sepanjang tahun lepas dijadikan iktibar dan diambil pengajaran..dan semoga tahun baru ini lebih bersinar,lebih baik dari segala segi.semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat kasih sayangNya, terpelihara dari fitnah dunia dan terus tabah berdepan apa jua dugaan dariNya..InsyaAllah..
.
.
.
Azam tahun baru?? Nanti kita cerita lain ye :) kena masuk tidoq dulu.heh.Till then, wassalam...