Tuesday, January 3, 2012

Sempena Buka Sekolah~

Assalamualaikum..

Sekarang ni sudah berada di Nabawan, tanah tempat berbakti dan mencari rezeki..Esok bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012 bagi negeri Sabah dan negeri2 yang sewaktu dengannya. Ada juga yang sudah mula bersekolah pada hari semalam. So, selamat kembali ke sekolah wahai murid2 dan cikgu2 sekalian..Betulkan niat dan ikhlaskan hati kita, semoga sesi tahun ini lebih baik dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..

Untuk diri sendiri, selamat berjuang mendidik anak bangsa, ikhlaskan hati anda dan tabahlah menghadapi segala dugaan.Buang yang keruh ambil yang jenih. Belajarlah dari pengalaman lepas, mana yang perlu diperbetulkan,perbetulkanlah.perbaikilah. Jangan berlengah2 buat kerja tau, apa2 yang perlu diselesaikan,selesaikanlah dengan kadar segera..Janganlah sampai terhantuk baru nak terngadah *dushdush* Ingat tau. bagi contoh yang baik pada anak2 didik, buang semua mana yang tak elok..memang berubah ke arah kebaikan tu bukan semudah yang dikata,tapi tidak mustahil jika berusaha.mohonlah pertolongan dari Dia untuk terus kuat dan istiqamah..buat perlahan2, pasti berjaya.InsyaAllah..Maniskan muka,banyakkan bersedekah(senyumlah senyumlah cik mek molek :)) Tingkatkan tahap kesabaran anda dan bertenanglah sentiasa, okeh??Okeh bah kalau ko :)

Semoga semuanya bermula Indah,InsyaAllah:)

No comments:

Post a Comment